Sesi Persekolahan Tahun 2015 bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin)




#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014



7th ANNIVERSARY



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ni genap la 7 tahun usia perkahwinan kami. bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora.. normal la kan? ada pasang surut dalam rumahtangga. seriously, 2014 adalah tough year untuk kami suami isteri... Alhamdulillah, semua masih under control. :)



sempena ulangtahun ke 7 ini, aku berazam perbaiki diri untuk menjadi isteri yang lebihhhh baik. InsyaAllah. thank you suami untuk segalanya....... ♥♥♥


Jalan-Jalan IOI City Mall Putrajaya



Dah nama orang Putrajaya khen? kalau tak sampai lagi mall baru - IOI City Mall tu memang tak sah lah! aku pon dah 3 kali terjah sana sejak bukak... apa yang boleh aku kata IOI City Mall Putrajaya ni memang besarrrr dan aku tak larat nak jalan... adeh... dah tua noks. stamina kurang. mak jalan sikit dah pancit! choiii betui... :p

masa aku pegi mula² tu memang hari launching.. ramai ler umat maknusia. sila bayangkan. jalan pon berlanggar bahu-bontot. nak carik parking apatah lagi... nak balik pon jalan jeng. bayangkan! memang carik penyakit. LOL

time tu banyak kedai tak bukak lagi... tapi rasanya kebanyakan butik² kat situ still mampu-milik la.. takdo la cam pavilion tu haa... restoran pon bersepah dalam tu... walaupon bersepah, tapi pada hari kejadian memang penuhhhh melimpah dengan manusia. perghhhh....

mak di hari kejadian. pakai lipstik bawu. nyx antwerp


Tesco dalam IOI City Mall. berwajah baru. tapi barang dalam tu banyak dah abis. almaklumlah, pantang ada tempat baru. semua serbu... mak dapat serbuk-serdak aje. hiks.


ramai cakap homepro ni best. tapi barang dia mahal! baik pegi Daiso. :p


ini jugak idaman hati. mampu milik gitew...


penah tengok singa naik escalator?


ice-skating


kat belah luar ada tempat istirehat. ada air pancut bagai...


ala-ala rumput karpet.


berlatar belakang District 21 - indoor theme park


feberet spot mak sampai bila-bilaaaaa... dok berejam dalam ni pon mak rela...


aloh-aloh hensemnya... anak bujang sapa nih?


oleh sebab maknusia terrrrlalu ramai dalam tu, tempat makan semua fullhouse, maka marilah kita pulang ke pangkal jalan..... keluar dari IOI City Mall, terus ke Presint 4. makan kat SR sebelah opis mak.. lagi heaven. ngeeee~


dapat pulak mee kari SR yang sedap-pedas-meletop nih... fuhhh...


ni gambo pegi sana buat kali ketiga. gi ngan adik aku pulak. kali kedua pegi ngan opismate... time ni saja jenjalan carik kasut baru... ke parkson jugak kite. huhuhu...

apa pon, Alamanda tetap di hati... kalau kat IOI City Mall ni ada Jusco, memang aku rajin terjah kot!




Lepas Rindu di IKEA



Hari Sabtu punya cerita... incik suami tanya nak pergi jenjalan mana? sebut jer... 1Utama? Midvalley? waahhh... terlebih rajin la pulak laki aku nih... dah lama kot kami tak pi jenjalan KL. asik² area sini jerk... so, terus dalam kepala nampak meatballs ikea jerk.. lama kot tak makan! dekat 2 taon.... kua dari umah lepas asar dalam kui 5 camtu.

so, ke IKEA la kitaa....


rindu ngan meatballs... masa pegnen hessa taon lepas takde plak mengidam nak makan.



suka abam hadif dapat makan cikenwings


aku suka design nih. wardrobe belakang langsir tu. cantik!

kami tak pusing semua pon. pusing belah atas jer.. pastu gerak ke Gombak umah inlaw. pastu balik. 

sekian. :p

Coconut Shake - Pisang Goreng Cheese EDEN Cowboy, Kuala Pilah



Balik dari beli gelang n cincin mas tu, kami singgah minum kat Coconut Shake EDEN Cowboy. tepi jalan sebelah kanan otw nak balik tu... ni dekat Tg. Ipoh. masa kami sampai tu tak ramai orang lagi... lepas tu baru la berdondon² orang datang.


konsep kat sini self service yer.. kena beratur untuk beli makanan... tapi yang tak syok nye meja kerusi tu dorang tak bersih kan ker? penuh dengan daun² jer....


selain coconut shake, pisang goreng cheese pon ado jual kat sini...


ni rupa pisang goreng cheese tu.. sangat sedap weii.. terbaikkk! 


coconut shake dia biaso² ja bagi aku... kurang umpp.... :p


dan ini la adik aku yang bakal bertunang bulan ni...

dia kalau datang sini berkursus kt Uniten tu memang selalu lepak umah aku... yang best tu aku boleh request nak makan apo nanti dia belikan. time ni la nak ketuk adik pon. seminggu dia kat umah aku, seminggu la dapur  tak berasap! miahahha...


Misi Membeli Emas di Kuala Pilah



Hari Ahad lepas kami ke Pekan Kuala Pilah.. misi mencari cincin dan gelang emas. dah katanya emas kat Pilah murah giloss kan? hari kami pergi tu harga emas RM125/g. memang muuuuraaahhh lah kalau nak compare dengan kedai emas lain. 

Pergi sana bukan beli emas untuk diri sendiri. sobbbss... kalau untuk aku memang sengih sepanjang taon ler...mihmihmih. ni beli gelang n cincin untuk adik aku. dia nak bertunang 25hb nih... nak carik cincin tunang. tapi alang² beli skali gelang mas untuk akad nikah nanti. tak payah datang 2-3 kali khen??

ini kedai mas yang abang n kak ipar aku rekomen.. so, ke sini la jugak kami pon.


pilih-pilih-pilih. bagi 3 pilihan kat bakal adik ipar. whatsapp gambo gelang kat dia suh dia pilih. last skali dia pilih paling ringan punya. waahahaha... kelegaan adik aku. kuikui..


lepas setel beli, singgah kat kedai emas sebelah. ramai gilosss orang kat sini.. tak terlayan. kena tunggu lama la gamaknya.. tapi kat sini design dia up-to-date sikit. aku berkenan design pandora tuh. cantik gilos yuolls. harga dalam 3K. :p


sebelum balik singgah Istana Seri Menanti. 1st time kot sampai sini... tapi muzium dia tengah renovate. so tak dapat nak masok. :(


budak ni bukan pemalu ke hape... katanya kalau dia tengok kamera nanti mata sakit. matahari memancor² katanya... silau.

dah bagi hint kat cik abe nak pandora emas tu... aniversary lagi 2 minggu nih.. muahahahha. dapat ke tidak ni???? :p

Keropok Ikan SEAmEQ




ye! ye! aku jakun!
tak penah jumpa kepok ikan segera camni dia bagi siap sos dalam tu... memang jakun. 1st time kot jumpa. mihmihmih...

sedap noks. ngapngap sampai tak sedar dah habis. ini pon orang bagi. satu mana cukup!! :p


Ida Mee Udang Sungai Dua



Balik dari jenjalan Penang, kami singgah Sungai Dua untuk dinner. ni 2nd time aku makan kat Sungai Dua ni.. dulu penah singgah makan char kuey tiaw telur ayam dibasuh. kat area sini jugak. dis time saja try mee udang pulak.

dah puas toleh kiri-kanan cari kedai makan sepanjang jalan tu, maka Ida Mee Udang Sungai Dua jadi pilihan.. boleh tahan ramai jugak orang makan kat sini.



kuey tiaw goreng udang. sedap.


mee goreng udang pon sodap.


mee udang aku tak rasa pulak. adik aku cakap sedap.

so, korang klu singgah Sungai Dua jangan lupa singgah kedai ni ya.. memang sedap!


Penang Street Art, Georgetown



Kalau dah sampai Penang tu, wajib lah pegi membasahkan ketiak kat Georgetown sana pegi carik lukisan² cantik kebaboom kat dinding² bangunan... memang kerlasss yuolls.... klasik amat! dah lama simpan hajat nak tengok live lukisan tu sume.. asyik tengok kat instagram orang jer kan.. nak² pulak dis time aku pegi Penang dengan adik² aku yang gila bergambor, harus lah terjah! deme pon sama naik ngan aku gila selpie... mihmih... klu nak ajak incik laki pegi sini, ko ingat dia nak layan???? taon-taon-taon-depan belom tentu dia nak mai sini.. muahahaha...

Eceli, bukan senang nak jumpa lukisan² ni tau sebab dia bertebaran kat bangunan² kat pekan Georgetown tu.. memang ketibas la nak carik. lain-lain bangunan, lain-lain lorong... hah! memang patah kaki lah nak mencarik!. tapi haitu kami pegi cari dekat² sajok. kuasa lah nak pi cari semua. dengan dokong cik hessa lagi. dengan panasnya lagi... itu pasal ramai yang sewa basikal round satu Georgetown carik lukisan tuh. Semua lukisan ini dilukis oleh Ernest Zacharevic yang berasal dari Lithuania. 


layan je la beberapa keping gambo yang sempat kami snap yer... tak banyak pon. jadi lah.. merasa jugak khen? klu orang tanya, boleh la mengaku dah sampai! mihmih. :p

masa ni hadif tinggal dalam kereta ngan makteh dia.. nasib dia tak mau turun. klu tak jenuh nak kejar.


wif adik² yang kaki selpie


hakikatnya camni la nak bergambo.. kena tunggu turn. bila orang habis bergambo je cepat² larik amik turn pulak. pastu tepi jalan lak tu. kete dok lalu-lalang. sape yang malu² nak bergambo tu memang tak dapek nak nolong la..








banyak lagi hoiii lukisan kebaboom. mak tak sempat nak carik. elok kami sampai kat kereta ujan pon turun dengan lebatnya. nasib baeeekkkk!

sape pi penang, sila la terjah sini yek! terbaikkk!

Cuti² Penang 2014



auuucakk!!! 
assalamualaikum semua....

Dekat sebulan hoiii tak update belog! sungguh la kemalasan. nak bukak blog pon rasa nyampes.. adesss... akan ku usahakan start hari ni nak rajin update belog balik. ngeeeee~~

cuti² Penang la sangat kan? pegi berjalan 2 tempat je kot! miahahaha... tak sempat noks!