korban

.
petang ni dlm 2.30 pm saya nak serah kunci kuaters
babai kuaters...sob...sob...sob...
.
tapi yang best, saya nak halfday ari ni...
.
to all
selamat menyambut hari raya aidil adha
tahun lepas time raya ni la saya buat aqiqah hadif
masa tu umur hadif 23 hari rasanya....
.
**ape yang korang korban kan tahun ni??
.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Rambut Raya

.
as salam

ada orang lagi ke ni?
opis saya dah senyap sunyi...

.
nak cite pasal rambut raya si hadif

semalam lepas amik hadif kat umah pengasuh,

terus zass pegi makan kat ani sup utara...
sampai je menu yang diorder,
si hadif ni buat hal tanak dok lam babyseat
adoiii... so, ikut turn la nak makan camni
saya makan dulu, hubby jaga hadif
.

then hubby cakap nak pegi kedai india sebelah
nak gunting rambut hadif
memang we all cadang nak gunting rambut die
dah panjang sangat, kembang semangkuk dah pon
aku pon ok la, asal jangan botakkan terus...
.

pas aku makan, terus serbu kedai gunting kat sebelah
dah selesai pon gunting rambut...
ala.. encem nya anak ibu rambut pendek..
cam big boy dah...
ayah cakap senang je nak potong rambut hadif
behaved jer...gud boy...
.
mamat ni bila hubby cakap nak tangkap gambo masok blog,
terus die dokong hadif kasi pose.. kehkehkeh


.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

masa untuk deco...deco...deco...

.

semangat waja nak mendeco telah tiba
saya beli sticker ni lunch tadi kat jualan opis
murah jer RM5...
.
dah plan nak letak kat mana
rasanya sesuai kot letak kat bilik tido saya yg kaler pepel tu
nanti saya update ye klu dah siap tampal nanti...
tak sabar.... mesti cantik
dan mesti lepas ni hubby taknak keluar bilik... ahakss

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

All done... Tunggu masa jer....

.
Salam ppl...
.
semalam saya dah start duduk di umah baru
malam pertama di rumah sendiri.. apa rasa ye?
takut gak sbenarnye, dgn senyap sunyi nye, ramai lagi jiran tak masok
rumah bersepah lagi, blom sempat kemas
bilik tidur blom mop lagi, masih berdebu
so, kami berkampung di tingkat bawah jer
lagi pun hadif memang bangun malam 2 kali mintak susu
so, duduk bawah senang skit nak bancuh susu
.

hari ni saya masuk opis lambat skit
saya pegi Syabas, tutup akaun air di kuaters putrajaya
akaun elektrik pon dah tutup semalam
barang² masih ade lagi di kuaters
so,ari ni last day angkat barang sume
esok, kunci umah kuaters akan diserahkan semula kepada BPH
sob..sob..sob... sedih gak nak tinggalkan umah tu
banyak kenangan, dari mula kawin sampai hadif membesar ke 1 tahun...
.
tapi takpe la, lepas ni kami akan tinggal di rumah SENDIRI...
itu lebih berbaloi kan??
.



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Memperkenalkan.........

.

untuk pengetahuan semua,
saya tidak terlibat dalam pemilihan pemenang yer...
so, keputusan giveaway ini adalah di tangan juri² pro di atas....
harap maklum, terima kasih

.


**thankx k.yust for the pic
Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

.....dan Pemenangnya adalah............

.
Assalamualaikum....
sebelum saya annouce pemenang untuk
Ibu Hadif's GiveAway ~ Tema Hari Bahagia,

meh kita tengok dulu jawapan nye
.
.

.
.

.

.
.
.
Malam Nikah ~ Putih + Turquoise

.
my side ~ ungu
.
his side ~ coklat
so, saya ada 4 orang yang meneka dengan betul..
mereka adalah........

.
.
.
.

.

.
.
.
.
.

jawapan yang hampir² / lebih kurang pon saya terima...
oleh sebab pemenangnya hanya SEORANG,
so hadiah akan diberikan kepada Nur Islam
coz beliau adalah orang pertama yg meneka dgn betul...

clap...clap...clap...
.

.
walaubagaimanapun...
saya nak bagi jugak small gift untuk umie,ekin dan haiza
harap sudi² la terima yer...
.
kepada 4 pemenang ini, sila emel kan nama, alamat dan h/p no kepada
miss_kebab0520@yahoo.com
.
to all, TERIMA KASIH daun keladi kerani sudi memeriahkan giveaway ni
SAYANG KAMU!!!
.




Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Cat Rumah Baru

.

ok tak kaler ni u all?
hijau + peach??
kaler ni mr.K yang pilih... i ikut aje...
skang tengah pening, nak buat langsir kaler ape..?
any idea??

**sila abaikan umah yang berselerak tu.. baru abis cat, belom sempat kemas lagi..
.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Ibu Hadif's GiveAway ~ Tema Hari Bahagia

.
Sticky mode till 22 Nov 2009
..

Bismillahirrahmanirrahim
.
.
Sebenarnya saya nak anjurkan contest
dah siap pon sume dalam draft, just nak kena edit skit
tapi saya ingat nak mulakan dengan lite2 dulu... hehehehe
contest tu saya launch minggu depan la...
.

on 23rd Dec ni adalah my 2nd wedding aniversary
rasanya baru lagi melayari alam perkahwinan...
tapi harapannya biarlah kekal hingga ke ujung nyawa kami....
.
ape kena buat?
senang jer... just teka apa warna tema baju wedding kami dulu
saya rasa saya tak penah publish gambo kawin kat blog..hehe
senangkan..? ni saya kasi tips or klu skit

.
Tema Hari Nikah ~ Putih + ?????
Tema Wedding Mrs. K ~ ? (1 kaler sjh)

Tema Wedding Mr. K ~ ? (1 kaler shj)
.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Nov 2009 jam 11.00 pagi
.

Syarat nak join senang giless...

a) Sila copy paste tips/klu di atas dan berikan jawapan anda di entry ini
b) Hanya terbuka kepada bloggers
c) 3 kali percubaan meneka
d) jangan lupe kasi emel skali yer...
.
Hadiah?
.
sehelai shawl seperti di atas
+
hadiah misteri

.
perlu diingat, hadiah akan diberi kepada seorang pemenang sahaja.
so, kalau ramai yang teka dengan betul,
peserta pertama yang meneka dengan betul yang akan menerima hadiah..
clear??
.
Jom ramai2 try test contest ni
klu menang, boleh la pakai shawl baru di hari raya haji ni... hehehe
.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

100

.

Thank you for all your support

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Moving Out

.

InsyaAllah, malam besok kalau takde ape-ape
kami akan pindahkan barang², perabot sume ke rumah baru
pindah barang je la, orang belom mau pindah lagi...hehehe
lepas raya haji baru pindah sepenuhnya...kot
.
harap semua berjalan dengan lancar...


.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Sape nak hadiah ni???

.

.
kena la join contest saya nanti

Tungguuuuuuuu......

.
.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Hadif dan Kak Put Put

.


**************************************************


haiii anty-anty sume
hadif nak kenalkan, ini kakak sepupu hadif
name die putri balqies qaisara
tapi hadif panggil die kak put put
sume orang panggil die put put
kak put put ni comel sangat...
mate die sepet, rambut die keringting, comel sangat tau
kalau bergambar, mesti nak buat 'peace'
hadif sayang sangat dengan kak put put
kak put put jangan buli hadif tau..


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Akhirnya Menang Jugak!!

.
setelah byk kali join contest,
akhirnya berbaloi² jugak aku join...
dari semalam aku dok tunggu² result utk contest ni
nyway, thanx to ibu arissa, INTAN

coz pilih hadif menang 1st place utk kategori boys.
.
to hadif, thanx sayang coz bagi pose yang cantik
nanti dapat la ibu pakai gelang ni... hehehe

*hadiah utk 1st place category boys*


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Shopping Kotak

.
ni la aktiviti kami hari ahad lepas
pegi kompleks PKNS bangi shoping kotak
ape? shoping kotak?? hehee... nama pon nak pindah umah kan
so, kotak tu macam sangat² perlu!!
kain baju leh sumbat lam beg plastik hitam jer..
klu buku², pinggan mangkuk sume nak isi dalam pe lak kan?
so, kami main terjah je kat pkns tu
tanya punya tanya kat stor blakang tu,
pekerja kat situ cakap kotak tu dorang jual jugak
satu kotak harga 30 sen.. ok la kan?
so, kami beli 7 kotak jer... tapi rasa cam tak cukop plak...
nanti² la terjah blik klu still tak cukop...
.
so, masa utk packing-memaking!!!
.


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Cancel Monday Blues

.
morning ppl
ari ni saya pakai songkek hijau...
semangat pepagi nak g kerja...
siap tangkap gambo lagi sbelum anta hadif ke umah pengasuh
si hadif ni tak lekang bantal bucuk die
nak usung
memanjang...


ari ni saya tak jadi nak monday blues...hehehe
coz pepagi lagi dah dapat kiriman pos
sebenier from shilashower...

thanx dear....
.



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

1 tahun 1 minggu

.

Alhamdulillah, hari ni hadif berumur 1 tahun 1 minggu...
meh kite tengok ape dak hadif ni dah pandai buat
.
hadif dah boleh bejalan masa umur 11 bulan
time tu paling byk leh jalan 8 tapak jer..

tapi bila dah dekat nak setahun, makin betapak-tapak die jalan
so, skang hadif dah semakin laju bejalan...
.
gigi plak dah kua 5 batang
3 bawah, 2 atas
suka sangat makan biskut tiger
still lagi bangun
malam mintak susu ~ 3 kali ye bangun
.

hadif dah pandai salam orang
bila suruh amin, hadif cepat je hulur tangan dan cium..
so, tiap kali anta hadif umah pengasuh
hadif akan salam ibu, sama jugak time balik, hadif salam mama yan
terharu ibu tengok... hadif pon dah pandai babai orang
.
sangat suke tengok burung dan kucing
semangat giler... mulut tak benti² becakap klu nampak binatang tu
kalau die nangis, cepat² ajak pegi balkoni tengok burung kat luar...

.
klu dengar azan kat tv or surau kat umah
mesti die tekun je.. sambil tangan angkat macam mengamin kan doa
best sangat tengok hadif camtu...
mulut die pon sebut 'Allah' versi die la tapi kita faham die sebut 'Allah'
ayah Hadif memang selalu ajar sebut 'Allahuakbar'
.
hadif dah betukar susu dari promil ke progress gold

setakat ni, susu ni sesuai dengan hadif. takde masalah
.
skang susah sangat nak amik gambo die
kena panggil nama hadif, bila die pandang kite, kena cepat² snap
klu tak, takkan dapat the best shot!!
.
hadif tak boleh berpisah dengan bantal busuk die
kalau nak tido, mesti ada bantal busuk tu
kalau tidak, susah beno nak kasi tido..
dan still isap jari klu nak tido sambil gigit bantal busuk
tengok ni, dalam flight pon die sempat lagi main ngan bantal busuk
.
hadif suke tengok iklan tom tom bak
mesti dia sengih sorang²..
tapi hadif ni kurang minat tgk tv
aku kasi tengok kartun pon, dia taknak..minat blom datang...
.
kalau naik kete, mesti nak berdiri tengok
kat luar
kalau paksa dia duduk, dia nangis...
tak pon, die keraskan badan taknak duduk...huhuhu
.
takat ni dulu kot..aku sudah kelupaan...ada byk lagi
nanti bila ingat, aku update.. hehehe...





Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Kebetulan yang macam-macam...



wahhh... saya memang kagum okey

saya bukak dashboard blog, besusun entry pasal macam-macam
hehehe... macam sehati sejiwa la bloggers kesayangan saya ni..
tajuk entry pon lebih kurang sama... i lap u all la...


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Suami Isteri di Alam Akhirat

.

Saya dapat emel ni. dan saya nak share sama² dgn u all... just untuk info utk semua...

.

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat??

.

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
.

2. Wanita yg meninggal dunia setelah diceraikan & tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda... wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Gigitan Cinta Hadif

.
inilah akibat kalau sibuk ber fesbuk dan blogging

sampai lupakan anak kat sebelah...kehkeh...
.
slalu kalau aku tengah ber FB or bloghop
hadif memang dok ngengdeng je kat tepi nak tengok aku buat pe
so, taknak kasi die kacau, aku kasi la die main mouse
so, dia diam la tak kacau aku dah
tapi akibatnya, abis dia gigit da mouse tu
memang takleh pakai dah
wayar n benda alah dalam tu semua tercabut...

bukan tu jer, abis keypad henpon lakiku pon tercabut dek air liur hadif

wah.. hebat betui penangan gigitan cinta si hadif ni
skang hadif memang suke gigit orang... pantang betul dia
gatal gusi nak tumbuh gigi kot...

.
dun try dis at home okey!!!

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

RPP Federal Villa Langkawi

.
gambo di atas hasil dari google


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

RPP ~ Rumah Penginapan Persekutuan nama je gomen punye
tapi diuruskan oleh Holiday Villa
terletak dalam kawasan pantai tengah, dekat dgn pantai cenang
kalau untuk staff gomen, leh dapat harga RM55 utk 1 malam
tapi kalau orang luar, harganya RM230 yer...
hotel ni 3 bintang yer anak²....
.
utk kengkawan gomenku sekalian,
klu nak book hotel ni, boleh la ke laman web BPH
kemudian, print kan borang dan isi
then, fax kembali ke BPH
tunggu la feedback dari BPH dapat ke tidak korangnya tempahan
klu rajin, tepon la selalu tanya
memang lambat skit yer feed back tu..harap maklum
.
tak rugi korang dok sini
bilik dah la cantik, kemas... murah plak tu
pantai pon belakang hotel jer...
beruntung la kite keje gomen ni..ada kemudahan yang disediakan untuk bercuti

.


jamban die siap ada bunga lagi..ekekke...



pantai blakang hotel... mandi kat sini je la.. takyah susah² pi cenang...


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Percutian Bajet Langkawi


.
memang berbaloi-baloi!!!



tiket MAS pergi balik only RM226 utk 3 orang
.


federal villa ~ RM55 satu malam
only for government staff
bilik yang cantik...view yang menarik, sangat puas hati!!



.
Kereta sewa Nissan Sentra ~ RM80 perday
pemanduan yang sangat selesa....


so, kira bajet ke ni?? bagi aku, bajet laa...
tiket & hotel booked 5 bulan awal...jimat duit.... kehkehkeh...




lagi satu PERCUTIAN BAJET LANGKAWI klik SINI



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Hari yang bahagia........

.
salam jumaat u all
hari ni saya cuti
flight ke langkawi kui 2.15pm
so, skang baru nak hegeh2 packing baju
sambil tu sempat bukak blog jab
update ape yang patut...
.
hari ni besday hadif yang pertama
dah setahun pon anak ibu
saya rasa cukup bahagia...
rasa hidup ni amat bermakna..complete!!
dan dapat pegi jalan2 plak tu.. thanx to hubby
.
to all,
doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali ya..
.
Langkawi, here we come!!

.

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Hadif iS oNe


" Selamat Ulang Tahun yang Pertama Sayang "
Hadif adalah ANUGERAH TERINDAH buat ayah dan ibu....



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥