Tak TerPengaruh!



hari ni dah 30hb... seperti biasa, mesti berkira² nak cash out ke tidak! memandangkan nuffy baru cecah lapanplohinggit, ditambah pulak dengan BE yang sedang merunning laju, so CANCEL cashout bulan ni.. kite tunggu bulan depan tengok!


HELLO JULY
GUD BYE JUNE


*pantasnya masa berlalu.... hermmmmmm....


Lembabbbssss ohhh!



internet kat opis ari ni sangattt la lembs... keje semua dah setel, nak ngular ke alam maya tokleh pulak! adesss.. sekksaaa ohh!

belog bulih takat bukak dashboard n update belog jek.. nak bukak blog orang tokleh! lembabbbbsss sesangat... 

nak bermuka buku pon tak nikmat. pendek kata ari ni adalah ari yang lemau....

Kisah Abang!



hollllaaa frenzie!!!

hari tu saya de cite abang saya masuk spital kan? doctor dah tebuk lubang kat area dada utk ambik sample ketulan tu untuk buat kajian. so, ari ahad lepas abang saya dah boleh kua spital.. dan skang stay kat umah saya... takkan die nak dok kat umah bujang tu pulakkan? sape lak nak tengok... kawan² die tentu la pegi keje.. saya sebagai adik amik tanggungjawab utk jaga die.. 

belah pagi, saya belikan brakfast siap². die tinggal bancuh air sendiri jek.. tengahari pulak, makteh hadif balik dari skoll. so, die la pulak belikan makanan... huhuhu

 
  abang saya kena pakai tiub tu. 2 hari sekali pegi klinik tukar lain.. dalam tiub tu air campur darah dari paru² kalau tak silap.. 

ari sabtu ni masuk Ampang Putri semula... kalau ketulan tu 'something', kena la operate buang ketulan tu...

doakan abang saya yer... thanx..

Enak!



Cuaca mendung kat luar... kejab ujan...kejab tak...
sejukkkk jek ari ni.... nyaman.. feeling dok cameron pulak. muahahahha

nasib la tak dok opis ari ni, saya cuti uolls...
dengan ujan kat luar, ekon sejuk pulak kat dalam. 
macam dok kutub utara kutub selatan dah..

hari Israk Mikraj. N.9 kan cuti..
taska hadif tutup. so, omaknye kena la amik cuti jaga anak...
heaven jugak sejuk-sejuk ni cuti... dok berselimut je la...
hadif pon tak kacau asal tv bukak karton manjang.... huhuuhu..

okey, dah ujan balik... nak tarik selimut.....



selamat bekerja untuk uolls...

zzzzzzzZzzzzzzzzzZzzzzzzz.........

Nak tuju lagu bole?

special KISS from pengantin baru untuk budak ucuk....


* gambo untuk ari Rabu - Wordless Wednesday!


Hasil Shopingan di Kelantan



sempat jugak merembat seketul dua barang kat pasar SK. itu pon 2-3 kali pikir jugak nak beli ke tak-nak beli ke tak! huhuhu...

kain pasang untuk saya, mak, mil


fm untuk koleksi sendiri. 2 ketul dah kasi dak opis.


telekung kain cotton.. harga dalam rm24++ rasanya.. penat bodek akak tu.. huhuhu


Menang cipta logo – 'Transformer'



tumpang bangga ^_____^


Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said di sini berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan “Iridescent Artwork” iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem blockbuster Hollywood – “Transformer”

Beliau berkata, logo tersebut adalah sebagai latarbelakang ‘soundtrack’ filem “Transformers: Dark Of The Moon” yang dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park. Katanya, proses menyiapkan logo tersebut hanya memakan masa selama setengah hari dan kemenangan itu merupakan satu kebanggaan bagi diri dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui hadiah yang bakal dimenanginya kerana belum dihubungi oleh penganjur bagi ganjaran itu.Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton tidak lama lagi dan ianya sekaligus meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat. Hasil logo tersebut akan dibawa bersama sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow sebagai latar kepada ‘soundtrack’ konsert tersebut.


Lagi Produk TAK HALAL l HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce

 

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi 

 

http://sitik.files.wordpress.com/2011/06/tabasco-haram.png?w=464&h=323
http://myradix.files.wordpress.com/2011/06/hp_sauce_packaging1.jpg

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu. - utusan


Visit Kelantan : Muzium Kraftangan



 sambung kisah melawat Kelantan lagi  ^____^




 dalam masa singkat tu, sempat jugak kami menapak ke Muzium Kraftangan. lepas soping² kat pasar siti khadijah, terus zaass ke sini... berpeluhhhh jugak la nak sampai sini.. dengan hadif takmoh jalan.. nak berdokong jek...

 amik gambo kat luar je la.. muzium dah tutup.. sobsss... time tu dekat kui 5 petang dah.. huhuhu


 takpe la, atlis sampai jugak... bila orang tanya pegi mana, ade la benda nak jawab.. hahahaha


rembat seketul dua fm kat sini... itu je la kenangan yang ade pon.. fm perhentian tak sempat nak beli.. kalut sangat.. huhuhu... kat epot berbelas ringgit harga fm perhentian.. takdo makno nak beli harga camtu.. #dasar kedekut kan. huh!


Mode : Terkejut l Mata terkebil-kebil



 malam tadi sesaja check akaun nuffy. 
cam biasa mesti nak tengok statistik visitors.. 
walaupun dah tau mesti suam-suam kuku.. 


tapi... tapi...

tekejut nyet tengok uv ari sabtu sampai 775!
okey, bagi blogger otai memang la skit. ciput.
but to me, tu memang luar biasaaaaa punya....
   selalunya uv untuk sabtu & ahad takat 100++ jek... 

berjaya jugak capai angka 7++ tu.


dalam dok musykil² tu, saya check pulak keywords untuk ari sabtu...
memang peliks bin ajaib uv macam tu kan! hohoho.


kuasa keywords!!
731 hits yang search maharaja lawak final
47 search maharajalawak final


hahahahhahaha......
ekoran dari entry INI, yang saya up beberapa minit sebelum start Maharaja Lawak Final!.. siap bajet Jozan boleh menang. kekekeke...



ye lah, orang tak amik pakej mustika, takat main ramal² je la.. huhuhu...



tapi Nabil paling bestttt kan? RM150k tu die makan sorang² jek! yang lain kena share pon tak dapat jumlah camtu... caya lah BangBil!!!



ni pulak BE terbaru! nuffy kasi lagi satu!! macihhh...


p/s 1 : baru ingat nak cash out ujung bulan ni, tapi tengok BE cam tak sampai ati pulak... ahaks!

p/s 2 : monday bluesssssssssss lah!

Warded!


abang saya warded at Ampang Putri.
dah seminggu kat sana, baru die sms bagitau saya.
n siap pesan jangan bagitau parents! huh..
tapi saya tak sampai hati la kan..

so, malam tadi my parents sampai sini..
kui 11.30 malam kami pegi tengok die..
nasib kat private hospital leh melawat.
kalau kat gomen, dah kena balik kot! huhuh.

my bro kena bedah semalam.
doc amik sample ketulan kat dada die..
tak sure ketulan apa, so doc kena check dulu...

what a hectic day!

semalam saya pegi kenduri kawin bff kat chini pahang.
sampai Nilai kui 7 malam..
then, ke Ampang Putri pulak...

uolls doakan abang sulung saya cepat sembuh ya!
thanx


Maharaja Lawak FINAL...



Jozan Menang yeay!!! *harap-harap lah yer...

 

saya tak amik pakej mustika lah! so, tak dapat nak tengok maharaja lawak... sokong dari jauh je lah! huhuhu... selalu tengok ulangan kat youtube ajok!

takpe lah, layan Pentas Kilauan Emas #105 je la.. tengok set-set makcik-pakcik nyanyi.. huhuuh..



**okey, SEPAH yang menang.. suker jugak... huhuuh...



Bila lagi nak rasa bakal pengantin belanja makan...



minggu lepas-lepas-lepas sempat mengepoww my bff belanja makan.... pow die sempena die nak kawin... huhuh..  bukan senang nak ngedate ngan die.. bizi sokmo.. so, we all set time nak jumpa, lagi pon die nak kasi kad kawin sekali... 

esok die kawin. dan InsyaAllah, kalau takde aral melintang, sampai la kami ke Felda Chini Pahang. my bff kawin dengan orang Perlis... jauh tu Pahang-Perlis.. huhuhu...

 aiseh, bakal pengantin malu² plak. takmoh snap gambo.. huhuh.. kang glamer kat belog katanya.. kekeeke


 sorang lagi my bff, kak ct aja. 


 makan kat Johnny Alamanda...




to LEEN,

SELAMAT PENGANTIN BAWWUUUU...
moga berbahagia kekal ke hujung nyawa..


Aishwarya Rai Hamil...



akhirnya.... my fav. actress ni pegnen! congrax.... mesti ramai yang ternanti-nanti bile la die nak pegnen since die kawin kan? huhuuh.. adat lah. retisss kan? semua orang sebok nak tau itu ini. sokaaa die berlakon Mohabbatein dengan SRK!

lawa gilaaaa kan??

MUMBAI, 22 JUN 2011: Setelah sekian lama menunggu, akhirnya bintang Bollywood Aishwarya Rai dilaporkan tengah hamil anak pertamanya. Khabar gembira itu telah disampaikan sendiri oleh bapa mertua Aishwarya Rai, Amitabh Bachchan yang juga seorang megastar Bollywood, kira-kira sejam yang lalu.

"Berita Berita Berita!! Saya akan jadi seorang datuk...Aishwarya sedang hamil...Sangat happy dan thrilled, " kata Amitabh Bachchan di dalam akaun twitter peribadinya.

Namun, masih belum ada keterangan lebih lanjut tentang usia kehamilan Aishwarya Rai. Malah, Aishwarya Rai yang telah berlakon dalam pelbagai filem Hindi iaitu Hum Dil Chuke Sanam, Taal, Josh, Mohabbatein, Devdas serta Doom 2 ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung kehamilannya itu.

ni gambo masa menang miss world 1994. 


p/s 1 : uolls layan lagi ke hindustan?? dulu masa skolah memang kipas-susah-mati bollywood nih, tapi sejak masuk umur 20-an dah tak layan dah... kite beralih ke Koreanwood pulak! huhuuhu... 

p/s 2 : dunia hiburan ni memang ade musim-musim die kan? kejab bollywood, hollywood, sinetron indon..etc... tapi skang demam malaywood dah datang balik dek penangan *Seth Tan-Abang Long Malik-Irfan* hahahhaha...

ok. lastly nak tinggalkan korang dengan gambo ni...





















































Hero pooojaan Malaya katanya....


























































[b11515495.jpg]
Aaron Fever! hiks...

Baju lama jangan dibuang sebab ia boleh digunakan untuk tackle yang lain - ohbulan!

.


  Yusri Pakai Baju Sama Dating Lisa Surihani & Erra Fazira?

Aiya, Lamborghini sebiji pun takkan baju sehelai je bang? Mungkin, baju yang dipakai oleh Yusri sangat mahal harganya sehingga tak tercapai akalku. Warna & design baju dah sama, cuma partner je lain-lain.
Pengajarannya, baju lama jangan dibuang sebab ia boleh digunakan untuk tackle yang lain. -ohbulan.com



 -ok, nak tergelak pulak baca statement ohbulan ni. kekekek... kite pikir positif jek.. same la cam kite pon kan? klu baju elok, buat ape nak buang.. tambah pulak kalau baju mahal.. sayang gilerrrr nak buang or bagi orang.. sanggup tu peram dalam almari sayang punya pasal!

Yeay! dapat BE bawuu...



tenkiu nuffy ♥

BE baru - Trudy and Teddy.

BE Mamil Gold tu dah lama... tak berganjak² pon earnings tu. baik la tukar ke ME terus.. senang nak cash out sekali ujung bulan ni...

skang susah betui nak dapat BE kan? nak kena tunggu lama jugak baru dapat.. ape² pun, just blogging cam biasa...

hari ni gaji. duit pon laju je mengalir cam air... bayar itu, bayar ini... tengah bulan gigit jari... T___T. sobss...


Makanan Hospital macam Hotel 5 Star!



malam tadi tengok kat FB member, die makan² dekat Clinic Cafe. cafe ni dalam Gurney Plaza, Penang. tak sure kat negeri lain ade ke tak. tengok gambo, then rasa macam wow!!! sangat-sangat menarik deco die! macam makan dalam klinik/hospital!!!

then saya pon google nak tengok gambo lagi clear... jom layan gambo² yang me copy from google.

Clinic Cafe, Gurney Plaza Penang
wheelchair dibuatnya kerusi!!!
kaunter bayaran...
sos die letak dalam syringe. nak sos, tekan jek macam makan ubat lol!
makanan letak dalam bekas alatan spital..
ni paling best, waiter n waitress pakai baju ala nurse n doctor!!

bile ntah nak pegi Penang nih??? last pegi masa taon lepas, umah sepupu. btw, saya memang lahir kat Penang, kat Bukit Mertajam. masa umur saya 2 taon camtu pindah Perak. dan masa form 4 study kat sekolah di Penang, SMT TARP -sbelah masjid negeri. kira banyak jugak memory kat sana. huuhuh

*saya google harga makanan die dalam belas² ringgit lah.. standard la kot bagi restoran macam ni kan?


Visit Kelantan : shopping time l Pasar Siti Khadijah



Hotel Suria yang kami stay tu dekat dengan Pasar Siti Khadijah.. dalam 10 minit jalan kaki... tapi boleh tahan berpeluh jugak lah nak berjalan tu.. huhuhu..

mostly kaum wanita yang berniaga kat sini..

baru saya tau rupanya pasar ni macam pasar yang lain la ek.. ade jual ikan sayur semua... huhuhu.. ingatkan tempat shoping kain semata. kekekeke


akak yang jual ni baikkk sangat... cakap pon lembut giler.. tak sampai ati pulak kalau tak beli pape.. huhuhu... rembat telekung sepasang jek.. nak beli kain pasang, tak berkenan pulak!
 

saya beli kain pasang 3 helai jek.. untuk diri sendiri, untuk mak n mak mertua... kopak jugak lah! orang cakap kat pasar ni mahal.. tapi ye la, mana sempat nak menyinggah tempat lain dah kan? time tu pon dah kui 4 lebih...

 InsyaAllah, kalau umur panjang, leh pegi Kelantan lagi... soping kat Rantau Panjang pulak... mana tau dapat kakak ipar orang kelantan pulak! dengarnya taon depan nak buat mejlis.. huhuhu...
 

Jambu Batu RnR Tapah!



kalau balik kampung, n otw nak balik semula ke KL, wajib singgah sini untuk beli jambu... kawan hubby ade bukak stall jambu kat rnr Tapah.. so, memang selalu beli kat die jek.. and mesti dapat jambu potong free... hehehe...

yang best pasal jambu ni, die takde bijik...


jambu makan dengan kuah rojak - memang terbaikkkkk!


hadif cukup sooka makan jambu dengan asam ni.. siap jilat² lagi asam ni kat pinggan... adeh.. takle makan selalu yer. not good!

bulan 7 ni, ayah cakap durian kat kampung start masak! waaahhhhh... jom. jom. sape nak ikut balik Batu Kurau makan durian????


Comel ah anak BCL ♥ Ashraff Sinclair



  Noah Sinclair ~ puteh gebu gebass!!!


Bunga Citra Lestari Selepas Pantang
new BCL. skejab jek badan dah slim balik!


ni pulak gambo die mase pegnen! klu tengok gambo ni, memang cam susah jek nak kuruskan badan balik.. and die pon czer cam i.. huhu


ayat jeles : duit banyak. semua boleh buat! pegi slimming, indon kan banyak jamu.. huhuhu...

biler perutku nak mengempis nih???? saya kan czer, memang tak berani nak urut sentuh perut. bengkung pon tidak!! memang kena beranak lagi sorang secara normal, and pantang kow-kow la jawabnya.. huhu...


Visit Kelantan : Hotel Suria Kota Bharu



petang baru nak update lol!
takde mood la hari ni.. taktau nape. T___T


okey, sambung balik kisah cuti² Kelantan.






flight kami ke LCCT kui 10.40 malam...
so, memang penat la nak menunggu sampai malam tu kan!
decided check in hotel utk relax kejab...
lagi pun nak pusing² town KB dulu...

so, abang saiful tolong kami cari hotel bajet...
banyak jugak hotel kami survey.
sebabnya nak cari hotel yang amik separuh harga kekdahnya.
ye la, kami check in kui 3 petang, malam dah nak check out..
lagi pun, nak tumpang kejab jek untuk simpan barang n mandi.

carik punya carik jumpe Hotel Suria.
nasib la die nak amik separuh harga. die caj RM30.
check in kui 3, check out kui 7 malam.. huhuh..
itu pon nasib la abang saiful tolong kecek ngan orang hotel. huhuhu..

Suria Hotel Kota Bharu.
kena jalan dalam 10 minit nak ke pasar Siti Khadijah.


bilik die.. ok jugak tapi sempit sikit...


 lobby


Dia datang lagi............


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcV9HFe4_c33wPYa31xzPd1kSLDeD4W62mq6gZcPJkfrFaPiZD3WNBzHXFEV3_b4Ylj2rvJMD_jVBnVRTHnu2sIEb0wGLNR_LfTIFYMzuleM4HpxCYI_QYlmlEdJAiCpVEcvILjhusOuVp/s1600/DSC02170.JPG
GCB datang lagi... masalahnya dah lupe la ape rasa die.. huuhu..


p/s : nak makan ape yer bukak pose ari ni???