zalimnya Israel


KUALA LUMPUR: Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.

Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua daripada TV3.

Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 kilometer dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya. - Bernama

credit to BH


p/s ~ sesama la kita berdoa untuk kesejahteraan semua umat Islam seluruh dunia...


Tertutup Sudah

Ibu Hadif's Giveaway ~ Makan Bola Tidur Bola DITUTUP!!!
p/s ~ auto-published! @ Concorde KL

Ibu Hadif's Giveaway 'Makan Bola Tidur Bola'


Entry Melekat!!!

Alhamdullillah, rezeki murah... ni kali ke-4 saya buat giveaway... big thanks kepada semua yang sudi join my past giveaways... this time takde sempena pape pon..saje je buat! muaahaha... tapi anggap je la sempena Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat dan sempena World Cup bulan Jun ni...heheheehe. sudi-sudi kan lah u all join yer....


Syarat² mudah dan sempoi :

1. anda mestilah menjadi follower saya (blogger sahaja)
(senang u all nak tau any updates bout dis giveaway. bila dah habis, kalau nak delete, dipersilakan)

2. anda perlu memilih di antara 2 hadiah di bawah! pilih satu sahaja! kalau lebih, anda tidak layak menyertai giveaway ini.

3. lepas buat pilihan, anda hanya perlu taip PUTIH atau HIJAU di ruang komen.

4. Baju ni boy or girl pun boleh pakai...gambar di atas ~ hadif pakai baju Spain saiz 2 (Spain is our feberet for dis world cup sebab ada abang Torres)


3. done... itu jer! takyah link bagai...


Hadiah : ~

t-shirt kanak² kaler PUTIH brand Tommy saiz 2 (England)



t-shirt kanak² kaler HIJAU brand Tommy saiz 3 (Brasil)


Pemberitahuan :

~ Tarikh tutup 31 May 2010 jam 12 pm
~ pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Terima Kasih.

@ Concorde, KL


malam ni tido di Concorde... secretariat for meeting. import nenek hadif ke Nilai, tolong jagakan cucu nan sorang itu... 1st time ni tido malam tanpa hadif. before dis outstation ke johor pon saya bawak! huhuhu... selalu hadif akan bangun 2 kali nak susu. so harap2 ayah hadif sedar la anak dok jerit mintak susu... well, tengok la malam sikit hadif yang teriak atau ibu die yang teresak-esak ingat kat anak!
.
.
p/s ~faizal tahir ada kat hard rock sbelah hotel... orang pon dok beratur nak tengok show die... huhuuhu... tak kesah la, semalam dah tengok konsert rossa + aizat + pasha ungu (hensemmmmnya die)....

setelah 2 tahun...

berjaya jugak ku jejak si SOGO nih! fuh!! bapak lama berpantang masuk sini! muahahaha.... nasib la Mr. K agak sporting pada hari tersebut siap offer jom pegi sogo! tercapai sudah niat dihati nak jejak tanah jajahan zaman kegadisan! uhuk!

sogo skang tengah sale! sempat capai 2 helai baju hadif jer! cukup la tu! mulanya ingat nak soping lebih skit untuk baju raya hadif tapi jadi macam kaku gitu, tak reti nak menyelit di celah2 orang ramai, selalu i terer ja bab2 selit bawah ketiak orang ni kat jusco sale! muahahaha... so, i think, i prefer soping kat jusco lagi! huhuuhu...


i tak minat Rossa, tapi dah orang bagi tiket FREE, i ON je la


lalallala... jeles tak? jeles tak? i dapat tiket free u! 1st time pegi konsert gini meriah... eh silap, 2nd time la... dulu masa becinta pernah sekali pegi tengok konsert abang jamal. tu pon kat istana budaya! cinta punya pasal, sanggup la pi teman cik abang sayang yang minat lagu jamal! kite yang tak berapa nak suke ni, layankan je laa....

saya takde la minat sangat kak rossa ni.. lagu die pon saya tau 2-3 lagu jer...hapal pon tidak takat dengar je la...konsertnya malam ni yer kat bukit jalil.. jangan penuh dengan minah indon sudah! so, tunggu i up pasal konsert ni later-later eh... till then, tatatititutu....

Veronica Julien buat hal pulak dah!


credit to Mik Nos
fuh! menyirap darah mak bila terbaca komen² si veronica julien ni! sungguh kurang ajar tak hormat umat Islam! how dare betina ni menghina Nabi Muhammad SAW, Nabi kita akhir zaman.... bab² agama ni saya amat sensitif yer... wahai veronica, ko tunggu la balasan ko!...


p/s ~ saya try search kat FB si veronica ni, tapi dah takde.. agaknya die dah delete or tukar nama lain kot!!!

Coffee Village Yang Happening di Malam Hari

kejadian ni dah agak² lama... dah 3 minggu kot terjadi. hari ni baru nak up! selama ni simpan buat pekasam dalam draf jer...huhuhu...

okey, masa ni saya ikut makteh hadif & da geng (budak² USIM) pegi jalan² Alamanda! ayah hadif takde masa ni, outstesen.. so, amat la bosan dok meringkuk je dalam rumah...

pas jalan² soping tingkap, dorang tanya mana tempat best nak makan? so, pikir punya pikir, pegi coffee village je la... sebab satu jalan nak balik ke Nilai kan...

Coffee Village time malam adalah sangat happening wei!!! giler meriah! dengan pemandangan kolam ikan diterangi cahaya lampu... fuh! memang romantik gitu! tapi masalah nya telinga kita akan dihidangkan dengan suara-suara sumbang-mambang! bayangkan la.. lepas sorang, sorang pakcik, makcik naik pentas nak karoke! hohohoho.. memang penuh dengan stok orang veteren je la kat tempat tu! lagu pulak semua old skool...dorang very sporting la! nyanyi ikut suke tekak je, belasah jer! kite je la kena tahan telinga!




pakcik makcik tengah berduet... huhuhu... pasni bederet lagi tunggu turn nak nyanyi



menu yang kami makan... mee goreng mamak, mee bandung, char koey teow dan mee sup! sepinggan RM6.00 ko! bapak mahal! rasa pon ala-ala jer.. huhuhu...


Jalan-jalan dengan baucer diskaun



yeyeh!! pucuk dicita ulam mendatang! menang giveaway dari Nana! so, dapat la baucer diskaun ke tempat² best kat Melaka! boleh la pegi jalan² nanti. tapi baucer ni start 10 Jun- 19 Jun... time cuti sekolah tu! think..think... nyway, tenkiu Nana coz buat giveaway ni... i menang pulak tu! nanti leh la buat giveaway lagi!


1. River cruise - 20%
2. Taman Mini Malaysia - 20%
3. Shan SHu Gong (house of authentic delicacies cendol) - 20%
4. Duck Tour - 20%
5. Planetarium Melaka - 20%
6. Menara Taming Sari - 20%



dapat FM jugak from Krabi Island!

Now Opening ~ Blogshop Kami


http://pinkyfullhouse.blogspot.com/


sila la jengok² kot ada yang berkenan kat mata korang! barang jualan pon tak banyak lagi! kami jual macam² barang yer, tu pasal letak nama FULLHOUSE!

tunggu tokey besar pulang dari Bandung, then kami akan update barang baru yang diterbangkan khas dari Bandung! Tunggu!!!


winner in soul

suke giler la lagu ni! takpe adira, dapat satria neo pon okey ape!


Tertunai Hasrat Dihati


hohohoho... hari ni kan gaji! so, haruslah terjah JJ untuk penuhi hasrat di hati! muahahaa... lagi pun skang kan sale kat JJ.. tapi tadi pegi JJ Equin, ingat nak rembat gak baju untuk hadif 2-3 helai... malangnya baju budak tak best ar kat situ ! tak banyak choice! so, rembat barang untuk omak jo la!


dari minggu lepas mak meroyan tak dapat pegi sale bodyshop! ari sabtu, encik suami kerja cari duit lebih! ari ahad sedara dari kedah datang umah pulak! so, tak sempat nak serbu mana² TBS! tapi hari ni mak terjah jugak! sale masih on yer tapi takde la add 10% diskaun untuk member! takpe la, janji ado!


mak beli bedak kopak dan pemerah pipi jer... tapi ni pun cost me hundred! hish! orang puteh cakap, beauty is pain! ye, sakit duit mak bulan ni! mak janji, mak jimat² yer pakai ni! selang seli dengan silkygirl punya....huhuhuhu....


Crocs... what say u?

holla ppl! selamat hari isnin! pagi² macam biasa sampai kat opis mesti bukak FB dulu... huhuhuhu.. then, ternampak satu gambar yang kawan saya tagged! terus tak jadi nak monday blues! so, try korang teliti dan bagi pendapat...okey?






p/s ~ so, skang dah tau kan? camne ni? saya pun ada beli kasut crocs!

Tunggu Masa...

Alhamdulillah, duit hasil dari blogging dah sampai tahap ni! mungkin korang rasa tak banyak, tapi bagi saya ni dah cukup membanggakan! nak menunggu sampai angka ni pun berbulan²!!! Rezeki...rezeki.... skang ni saya tengah tunggu BE ni abis kempen jer... pastu baru fikir nak cash out ke tak!


hai la BE, bila ko nak abis? tak sabar aku nak tunggu RM200 dalam akaun ni!

Punah Harapan

Tempat Kejadian : Alamanda
Masa Kejadian : 1.00 pm

hohohoho... nak menyelit pon tak muat! muahahaha... ingat boleh la rembat seketul dua, tapi orang Q nak bayar pon panjang daa... cancel terus hajat nak melabur kat situ! takpe, takpe, sale sampai ahad... esok lusa or malam ni boleh terjah lagi!

dah lama mak tak soping barang make up!

lunch hour ni jom pakat ramai² kita pi serang bodyshop!


dulu sebelum kawin, rajin la membeli barang make up ni! zaman anak dara kan, suka la dok melaram! tapi lepas kawin? hampeh!! kalau beli barang make up pon, mesti nak carik yang paling murah!! hahahaha! save bajet kononnya! but for me, kalau kita pandai guna, pandai calit sana sini, tak kisah make up murah or mahal, tetap akan cantik kan?


p/s ~ patutnya lepas kawin la kena pasang badan! melaram untuk suami... kan? kan?

Blog aku pon ada lalat la wei!




Amacam ANON? komen ko pon aku boleh buat entry!! ada aku kesah??? kalau tak suke, jangan bertenggek kat blog aku ni ha! syohhh...syohh...hahahaha.... act, aku boleh je delete komen tu, tapi sebab ko anon pertama kat blog ni, aku nak kasi enterpreme la sikit!! bangga aku weh ada anon yang membakar semangat blogging camni! tenkiu...


p/s ~ nak jadi blogger tegar, hati kena kering! tegar ke? lalalalla...




Wishlists Ibu Hadif


nampak entry wishlists, laju² je korang klik ye... kepo eh... hehehhe.... *kidding*... since pindah ke rumah baru (baru lagi ke? dah 6 bulan duduk!), kami tak beli perabot baru pun.. semua bawak dari rumah lama... nasib ada duit sikit boleh la beli sofa baru... so, sofa dah selesai.. skang ni tengah kumpul duit nak beli benda lain pulak! nasib la Mr. K pun setuju dengan wishlist saya ni... abang keje kuat eh, saya plak jimat² belanja, baru la boleh beli barang baru! biar satu rumah berbau kedai! muahahaha....



1) i wish i have a new dining table - skang ni pakai meja makan kerusi 4 jer... memang kecik! ye la, dulu baru kawin, dok pulak kuaters apartment je, sempit, so beli yang kecik² je la kat carvenzi... pakai tak sampai 2 tahun, satu kerusi dah patah! berat sangat kot Mr. K sampai kerusi pon boleh hancur! hahahaha!
nak yang design simple² jer... yang penting 6 or 8 kerusi...camni pun dah okey sangat!



2) i wish i have a bedroom set - dis time kalau ada duit nak beli set punya! ada meja solek, wardrobe, katil, meja tepi etc... dulu tak beli set, beli katil semata-mata sebab kat kuaters dah ada almari! katil skang pulak jenis tinggi punya! ada la 4-5 kali hadif jatuh gedebuk!!! nasib la takde pape... so, nak beli yang rendah, senang hadif nak turun naik dengan jayanya! saya mau yang jenis tilam masuk ke dalam katil! korang leh imagine tak camne ni? hehehe...
saya suke la camni! tak serabut mata tengok!



3) i wish i have my own DSLR - ni pulak InsyaAllah, akan ku dapatkan jugak! tapi, tunggu biar setel barang rumah dulu kot! mana yang penting kita dahulukan.... huhuhuhu......
bila la nak dapat???



4) and i want a baby GIRL! - oppss... yang ni rasanya kena pospont tahon depan laa... by dis november umur hadif 2 taon... then, taon ni dah booked 2 tempat nak pegi bercuti...so, lepas tu akan diusahakan untuk next baby! mihahaha.... nak kena godek² carik info nak dapat baby girl ni!


p/s ~ apa kes dah setengah taon baru nak buat wishlists? hohohoho.... dulik! asal bahgia!

Baby Tembam Sedunia

gambor cilok dari sini


p/s ~ pagi ni tak sempat buat entry lor.... ada Majlis APC kat opis... layan la gambo baby tembam ni yer... bubye...

aku, dia dan dslr

.
muahahaha... tajuk tak hingattt!!
.
Mr. K skang tengah kursus... Kursus Fotografi. Keje Mr. K skang ni memang kena banyak tangkap gambo.. skodeng sana, skodeng sini macam paparazzi! hahaha...
.
Last week saya ada dok hingaq kat telinga die nak beli slr. banyak kali jugak cakap tapi dia sengih² jer...huhuhu... saya tau die tak minat sangat bab² fotog ni... so, mintak² bila die balik nanti, die akan cakap camni... "yang, jom pi beli slr"... muahahaha... pengsan sekejab. kot la penangan kursus fotog tu die leh terminat lak bidang ni!
.
malam tadi, saya sms just to say gudnite! tapi tak berbalas. senyap. sedih. sobsobsob...
.
then, dalam pukul 1 pagi camtu, hubby reply. "sorry yang... tak perasan. abang khayal tangkap gambar malam²..esok pagi abang call"... hohoho... *sigh* di situ! *wink*wink*
.
so, pagi tadi dah dapat call dari encik suami! sembang prung-prang-prung-prang.... last skali beliau sms, "survey la nikon yang murah-murah, tgk bape megapixel dia? lensa dia? tanya la uncle X kot dia ada or tau slr murah²!" wahhh!
.
tapi bang, kenapa mesti MURAH? hahahaha...
.
so, kepada kengkawan ku yang baik hati, saya tau kome terer². sudi la share kat saya dan suami kat mana nak carik slr yang murah katanya! hahahaha... untuk new beginner cam kami ni apa yang DOs & DONT's! apa brand yang bagus, lens and whatsoeva...toche...
.

Wedges Cap Hidung

ini bukan iklan kasut untuk dijual yer.. harap maklum!

saje nak tunjuk koleksi ke-2 wedges ku! orang lain dah berlonggok-longgok dah bawah meja opis, daku baru terkedek-kedek nak pakai! mihahahaha... ada aku kesah? hohohoho....

wedges ni beli minggu lepas.... tak pakai lagi sebab belum punya keberanian nak pakai kasut tinggi-tinggi camni! pendek kata kasut ni yang paling tinggi la yang penah saya ada! takut terpeleot pon ye, takut nampak macam galah panjang tengah berjalan pon yer jugak... hahahha.. pastu kesian plak kat membe kang jalan sebelah tak balance! muahahaha...


pesanan penaja ~
Sila dapatkan wedges ini di kedai hidung berdekatan dengan anda! ada 3 kaler rasanya, putih, pepel dan grey.... harga dalam RM70 kot.. ntah tak ingat lak sebab orang lain bayarkan....huhuhuhu...

Membuat Reply to Comment

ini bukan tutorial yer, saya tak ade bakat jadi tutor... ni menjawab persoalan ieza mama auni pasal camne nak buat reply to comment.

sape yang berminat nak buat jugak, boleh lah terjah blog SUE ni.. banyak giler tutorial yang best-best lam blog dia... jadi la follower sekali coz memang setiap hari die kasi tutorial baru...

Selamat Mencuba!



Coke + Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies


dapat emel dari my fren pasal info ni... SHARING IS CARING



DO YOU KNOW ?
Coke + Ajinomoto Can be Used To
Rape Ladies

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink.
It is a cheap and widely used method.
This method was used in Canny Ong murder.
Rapist uses this method.

Coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.
This mixture is poisonous if used too often on the victim.
Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.
DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even
if it is your friend that you are not very close with.

Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur


ustajah hadifah yang comel


hohohoho.... kalau ayah hadif nampak ni, habis lah ibu kena bebel dari pagi sampai ke malam tak sudah-sudah! huhuhu....


si hadif ni memang suke tau amik tudung saya atau makteh die then sarung kat kepala...bukan saya pakaikan eh, die yg sarung sendiri! comel bangat hadif pakai tudung! tapi tak lama pon die pakai, pastu dah rimas, tarik tudung nak bukak, bila tak lepas, mula la naik suara! huhuhu....

teringin nak anak pempuan! bila? saya ikut nasihat dokter la, tunggu hadif 2 tahun... tapi kite hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya... kalau ada, ada la... terima jer....



fiza, boleh jadi model tudung paridah tak ni? hehehehe...


p/s ~ kalau la dapat anak perempuan, letak nama hadifah ke? tak kot sebab 2 pupu hadif dah ada nama hadifah.... huhuhuhu...

shawl murah RM5



oleh sebab setiap hari ada je orang search shawl murah kat blog saya, so hari ni nak share kat pengguna shawl tegar di luar sana kat mana boleh carik shawl ni...

oleh sebab saya dah jadi orang Nilai, harus lah meriki-riki tempat yang jual baju, tudung, karpet, barang rumah, susu hadif yang murah-murah kan? boleh la jimat sikit! buat apa bayar lebih kalau barang yang sama boleh dapat murah kan? kan?

ini dia kedai yang jual shawl murah dengan harga RM5 sehelai... mamat pakistan kat sini senang nak deal... masuk je kedai die terus offer RM5!

kedainya adalah bersebelahan dengan Baryali Carpets! jangan tersilap ye, sebab baryali ni ada banyak kat Nilai 3 tu.. cari kedai yang kecik yer bukan yang besar!

Selamat Menyoping Shawl Murah! Harap korang jumpe la kedainye....



p/s ~ saya beli karpet kat baryali, tapi kat kedai yang paling besarr...korang kena pandai tawar dan bodek baru la dapat harga yang memuaskan hati! kalau rajin, mintak la free tikar..muahahaha


sofa baru, karpet pun kena la baru jugak!

pagi jumaat last week, orang sweetdream called bagitau nak anta sofa belah malam. petang tu jugak, pas balik keje, kami somi isteri cargas terus pegi Nilai 3 nak cari karpet. memang dari awal plan nak beli shaggy kapet... so, telek punya telek punya telek, akhirnya jumpa pun yang berkenan! kali ni saya yang pilih eh...



beli karpet ni dapat la free tikar petak² tu... jadi la....



so warna-warni kan karpet ni? saya suke bangat!!! mula² ingat nak amik karpet yang 1 warna je, nak amik warna merah, tapi pikir balik takut tak berapa nak 'in', so pilih la yang ni...
hadif siap landing golek-golek dah atas ni... dah...dah... bangun! miang nak oiiii....


sofa baru


Pon! Pon! apek lori dah mai antaq sofa baru! satu umah bau 'baru'... skang pukul 11.08 malam... tengah tunggu mud nak iron baju... update blog jab.. kat luar ujan plak tu... sejukkk... harus tido terus ka, iron baju keje dulu ka?? pepehal, update blog dulu!


apek sweetdream tengah bukak sarung sofa...



taaadaaaa.... sofa ni 1+2+3 seater... besau gedabak cam saiz bontot omputih!


brand sweetdreams a.k.a my pillow


leatherbond


p/s ~ terima kasih encik suami! walaupun sofa ini adalah pilihanmu, tapi ku tetap sookaa!! sangat selesa dan empuk gitu!