dah hujung bulan.. nak cash out ke tak nak?


 

tak payah cash out lagi lah kot!
tinggal sebulan jer lagi nak abis 2010,
so, ingat tunggu bulan depan baru nak cash out.
lagi pun, ada 1 lagi BE tengah running...
so, my 3rd cash out will be on Dec. InsyaAllah...

skang nuff dah tak murah hati nak bagi ai BE tau..
sobsob.. sedih... nak kena tulis surat cinta kat nuff ke ek?
huhuhuhu... tak pe la, kalau ade rezeki, ade la...

p/s : ramai jugak yang cash out hari ni ek..

Mari Menari Bersama..... Domino's Pizza...


sambungan aktiviti sabtu lepas lagi...
siang tengok wayang, malam kite lepak umah sajok.
sambil tu layan Mari Menari Bersama...
oh, jangan lupe Afundi Razif & Alia. hehehe...

eceli, petang tu kami dah makan kat luar.
tapi sambil layan tv, nak jugak mamah sumting kan?
so, order pizza kita.
Dominos baru jer bukak kat Nilai ni.
so, jom kita try test.
abang motor laju ke tidak anta pizza. kekekeke...

oh, sharp on time la pulak abang pizza ni!
gigih die anta lam hujan.. bagus.. bagus...

apsal ayam ni tak sedap ha? takleh masuk tekak!
saya & makteh hadif jer makan pizza ni.
maksu takmoh makan sebab die tak suke bau onion ring.
ape kes ntah? so, kesudahannya memang tak abis pizza ni.
sambung makan pagi esok la nampak gayanya..
makteh pulak komen dominos tak sedap.
pizza hut lagi ummpp katanya...
maybe 1st time die makan dominos, 
so, tekak tak ngam lagi kot!
nasib la. tekak masing² kan?

macam kat Cameron...


kalau pegi keje saya drive sendiri,
pukul 7 pagi dah siap atas jalan dah..
kalau pegi dengan hubby,
7.20 belum tentu keluar rumah lagi!


ni pemandangan area umah pagi tadi.
berkabus jer sepanjang jalan. sejuk pulak tu.
semalam ujan lebat ke ek?
tak perasan pulak coz hadif dah tak bangun malam.
selalu 2-3 jugak die mintak susu!

perasan tak orang lelaki ni bila bawak kete,
minyak kete dah E, signal merah dok berkelip-kelip,
tapi boleh relax lagi.. cool jer..
'alah boleh jalan lagi ni...'
'sampai umah pon sempat ni..'

kalau saya, dah pucat lesi dah.
sempat ker sampai? kang kete mati tengah jalan..
kata kepala otak macam² dah pikir...
padahal, sempat jer kan. huhuhu...

oh, hari ni suami pulang ke pangkuan keluarga.
10 hari tanpa suami hati sangat sunyi...

Akan Datang : Gulliver's Travels


masa tengok movie Rapunzel sabtu lepas,
kan sbelum cite start, depa pasang gazet filem akan datang kan?
so, salah satu filem ni la. maybe kat malaysia lepas krimas baru tayang kot.

tengok trailer pon dah macam best.
apa tah lagi kalau tengok full kan?
dah masuk lam wishlist end of the year dah ni. kekeke..

lakonan Jack Black memang besh lah!
sangat suke die blakon school of rock!
saya prefer tgk cite klakar dari cite makhluk asing
or sains fiksyen lain...cite seram lagi lah! out terus..

gullivers_travels_movie_poster_01
 
Here’s the synopsis for Gulliver’s Travels:
Lemuel Gulliver is a mailroom clerk at a New York newspaper. After Gulliver bluffs his way into an assignment writing about the secrets of the Bermuda Triangle, he is hurtled to an undiscovered land, Lilliput. In this fantastical new world, Gulliver is a bigger-than-life figure — in size and ego — especially after he starts telling tall tales, taking credit for his world’s greatest inventions, and placing himself at the center of its most historic events. Gulliver’s position is enhanced even further when he leads his new friends in a daring battle against their longtime enemies. But when Gulliver loses it all and puts the Lilliputians in peril, he must find a way to undo the damage. Gulliver only becomes a true giant among men when he learns that it’s how big you are on the inside that counts.

Nikmat Donia....


Tuah hari ini ;p
makan pagi orang bayarkan,
tengahari pon dapat makan free!







^_________^

burrggghhh... Alhamdulillah...
Syukur Ya Allah!

pekena nasi beriani di JM Beriani Alamanda
makan ramai-ramai, yang bayar sorang jer... tenkiu

lalu kat tepi Big Apple, teringat pulak adik-adik kat rumah dok mengidam BA. dah brape ari dok sebut-sebut nak makan. kakak yang baik hati ni beli la untuk adik-adik. baik sungguh kakak ni kan?
 
banyak beno perisa coklat! yep, we love cokelat!

hujan di Putrajaya. boleh tahan lebat!


pekena beriani sudah.
hujan lebat pulak kat luar sana.
mata pon skejab buka skejab katop..
haihh... harus pulang ke pangkal jalan nih!

Nugget Ayam dan Ikan First Pride


ari tu MamaLyna ade buat entry pasal nugget.
die ada sebut pasal nugget First Pride.
saya macam ek? first pride? apa itu?
tak penah dengar pon...
selalu beli nugget cap Ramly jer...

semalam pegi Giant. Giant Nilai lah kan. Mana lagi?
promoter kat bahagian frozen tu dok bisng-bising.
dorang promote nugget. first pride katanya. 
saya macam ' eh, macam pernah ku dengar.. tapi di mana ya? '
hakhak... poyo di situ...

 

oleh sebab promotion die adalah best,
beli nugget ayam percuma nugget ikan,
maka ku rembat la satu, untuk try test!

setakat ni belum rasa lagi, tak sempat nak menggoreng.
so belum tau rasa dia macam mana.
balik keje kang InsyaAllah...
macam ada harapan nak masuk mulut. hehehehe...

Bukan Putera Raja


1st, layan dulu gambo tuan tanah ni.
semalam cite pegi tengok rapunzel, tapi takde gambo kan?
so, hari ni nak tepek la gambo bukti. ngehngehngeh...

Rapunzel BESHH!
ok. sambung balik cerita.
sape yang bukan putera raja?
cite Rapunzel ni lah. cite die lain sikit.
hero cite ni bukan putera raja eh, tapi Pencuri yang hensem!
hensem bangat lorr, pipi merah-merah pakai blusher!
memang kelakar bangat seh cite ni.
karektor haiwan dalam ni pon best.
heheheh.. cite karton pon layan...

memang sangat direkomen korang tengok cite ni! pasti tak nyesal. 

smalam kui 11.00 pagi kami sampai kat jusco balakong.
ingat byk lagi seat kosong, tapi nasib baik ada lagi seat tengah.
takmo lah dok depan. sakit tengkok ni tau!
penah dulu tengok ngan kawan2 cite pirate of the carribean tu.
dapat seat depan skali. mak aiii.. patah tengkok den!

budak ni sorang-sorang konker popcorn.. pergh... habis makan sorang plak tu!


konklusi : hadif tengok cite ni sampai tak berkelip bijik mata. statik jer.. langsung tak buat perangai.. bagus.bagus. lain kali kite tengok lagi hokey!



hari gadis-gadis outing!


gadis-gadis katanya, ahaks...
yang dua tu gadis, yang ini mak teruna sudah! 

well, kalau suami takde, tak semestinya pergerakan terbatas hokey!
ko telefon saja suami, mintak izin mau keluar.
then bergumbiralah bersama gadis-gadis. 
oppps.. anak pon bawak ek!


kami pegi tengok Rapunzel!
giler kentang best hamat!

si hadif pon tak berkelip bijik mata.
memang fokus gila ah!
sampai umah, dumm... terus lena dia.
gud boy.. next time ibu bawak lagi hokey!

gambo dekat kamera adik ipar la.
nanti gambo dah ade, saya kasi update.

eh eh, sape belom pi tengok, segera lah!
bawak your kids skali.
memang enjoyce bangat!!

Kini tidak gatal lagi dengan adanya Ketomed


ketomed? apa itu ketomed?

ketombe tau tak?

kelumumur?

ha, semua tu sama la maksudnya...


well, saya ni dulu memang ada masalah kelumumur yang agak meruncing jugak. puas dah tukar-tukar syampoo ketombe... dari biasa punya ke medicated syampoo... bila pegi saloon, try pulak syampoo depa kasi.. tapi semua tak jalan daa... liat betul ketombe atas kapla ku ini..

then baca kat belog doc totinx, beliau ada jual produk kesihatan termasuk la ketomed ni. niat memang nak try la. tak kisah la murah ke mahal asal masalah ketombe ni hilang.. gatal kepala ooo....

ni la rupa bentuk ubat ketomed dari formspring doc totinx.

ajaib ko!

kini tiada lagi bendasir putih melekat di baju...
kepala tak lagi gatal².
malam² sbelum tido tak payah susah² garu kepala...

memang mustajab!

tak percaya? 

cuba dulu baru tahu!

ABP tanpa Dato' Siti

dari mana la designer ni amik idea buat tudung saji jadi topi? heran sungguh.. ke aku yang tak fashionable eh? kekekeke. gambo kredit to gugel

SUBANG 24 Nov. - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengesahkan menarik diri daripada menjadi calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABP 2010) yang berlangsung pada 3 April depan.

Pengesahan itu dibuat oleh penyanyi berkenaan selepas berakhir sidang akhbar pertama ABP 2010 di sini hari ini.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau sudah menyatakan hasrat itu kepada Ahli Jawatankuasa ABP 2010 dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini dan mereka bersetuju menerima penarikan diri beliau.
"Beberapa minggu lalu saya berjumpa dengan penganjur untuk memaklumkannya.

"Alhamdulillah setelah berbincang, mereka setuju untuk tidak mencalonkan nama saya dalam sebarang kategori dalam anugerah itu," katanya yang turut hadir selaku tetamu khas bagi merasmikan laman web ABP 2010 pada majlis itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan tujuannya berundur adalah untuk melihat kredibiliti artis lain yang boleh menggantikan tempatnya selaku penyanyi popular di Malaysia.

Sebaliknya kata Siti, sepanjang 15 tahun bergelar anak seni, pelbagai pengiktirafan sudah diterimanya.
"Cukuplah dengan kejayaan itu dan saya bersyukur atas penghargaan yang diberikan selama ini. Kini tiba masanya saya hadir pada majlis itu sebagai penonton yang sentiasa memberi sokongan dalam memartabatkan industri hiburan tempatan," ujarnya yang pernah mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 14 tahun berturut-turut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diumumkan lokasi, tema dan senarai awal calon yang bakal bersaing merebut trofi bagi 16 kategori dipertandingkan.

Acara yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands itu bertemakan moden dan klasik.


p/s : sokong keputusan tok ti.. bagi peluang kat orang lain sama. macam ada can ja YUNA menang! kekekeke..

Girls + Lil Gentleman Day Out!


pulang dari kerja smalam sampai umah pukul 6 pm.
memang dah pesan awal² kat makteh hadif suh siap².
nak bawak pi jalan² 9 Avenue.
mau pusing² reject shop sama FOS.
then ke Giant, beli barang dapur sikit.

lagi pun kesian jugak kat makteh, maksu dan hadif.
dok terperap ja kat umah tak keluar.

tanya depa nak makan apa?
masing² request nak pizza. rasanya saya baru jer makan pizza,
tapi tak apa lah! bawak jer la dorang nak makan kan?

super supreme pizza
soup of the day! tapi semalam sup tak sedap coz tak panas
spagethi
breadstix
minuman
ice cream for lil gentleman
lil gentleman tengah menikmati ais krim
mak teh dan maksu kekenyangan
licinnn sudah.. boleh tahan pelahap depa dua ni.

p/s : nasib la dorang ni ada teman kat umah. kalau tak, mau nya balik dari kerja terus dok senyap dalam umah ngan hadif... ayah, bila mau balik ni?...

Conso Prize!


Alhamdulillah!
hadif menang conso prize HappyBabyShop.
dapat conso pon dah bersyukur sangat!
kira bernasib baik coz ramai yang join contest ni,
terima kasih juri dan penganjur...
semua baby pon comel² dan gebus....

tengs to Anje, kasi alert pasal result contest ni.


Alhamdulillah, rezeki Hadif!

p/s : tengah tunggu 3 lagi hadiah kemenangan contest! campur ni 4 la... hiphiphoorey....

See NO Fed Up!

 .
Yang hitam manis pandang tak jemu pandang tak jemu
ohhh black sweet see no fed up see no fed up

kahkahkah. see no fed up katanya!
giler kelakar biler ditranslate.
sempoii ah mat salleh ni.
ade tokoh perosak bahasa gak ni! kekekeke...

yep! i'm old skol.
buat pagiku ceria dengar celoteh dorang ni.
suka sangat combination of Krill, KE & SY.
kalau salah sorang takde, memang tak best!
tak berapa nak menjadi gitew!
.
so, pagi² korang dengar radio ape lam kete?

.

Yeay! sudah Boleh!


Terima kasih buat Eily Mama Dhiya bagi tips!

Sudah boley upload gambo...

Caranya :
korang klik Setting-Basic
then pergi ke Select post editor,
then select
OLD EDITOR!

taktau la problem ni sampai bila.
so, buat masa skang guna old editor dulu la..
hehehe...


p/s : cam janggal sikit pakai format lama ni.. ye la dah terbiasa format baru! huhuhu...

adeh.. masaelah sungguh!



korang punya belog ok ke nak upload gambo?
saya perasan pagi tadi masa buat entry bangi kopitiam tu.
banyak gambo error lah! saya ingat saya sorang jer!
rupanya si lynn pon sama jugak error manjang!
oh, Me_lina pon sama jugak ek?

haih betul!

tetiba mood update belog merundum!!! 

Bangi Kopitiam @ Nilai

 .
kejadian adalah sudah lama. terlalu lama.
sori, lambat pulak nak update.
sebab banyak sangat benda nak cite,
entry pasal ni buat stok bila takde idea.. kekekeke..

Bangi Kopitiam ni baru bukak je kat Nilai.
takde la baru sangat, dalam 4-5 bulan ade kot!
penah la masuk sekali, tu pon just nak rasa kopi die je.

ingat tak entry my cuzzy baru balik dari Mesir tu?
ala... yang bawak balik perfumes murah tu...
klik sini kalau tak ingat... hehehhe...

my cuzzy sampai kat KLIA, of kos la abang akak die yang jemput.
then, dorang terus shot ke Nilai.
nak hantar saya punya perfume la kan!

tapi sebab barang dapor kat umah memang tengah nazak,
saya pulak time tu memang malas masak, 
so kami bawak dorang makan kat Bangi Kopitiam saja lah!
just sediakan duit jer.. huhuhuhu..

sampai jer restoran, kami masuk bilik berekon.
konon nak privasi la kan! takmo dok luar.
kami semua ada 8 dewasa, 3 kanak².

kat dalam bilik tu ade meja ni!
kagum jap tengok.
sebab meja kat luar takde pulak gini.

kaki meja tu diperbuat dari kaki mesin jahit lama tu. huhuhuhu..
kreatip inovatif gitew.. ye la. dah nama kopitiam.satu kedai stok barang lama jer...


ni my cuzzy from my mother side, belah Kedah sana.


ni plak yang diorder. takde la snap semua.
segan doww kat kakak² sepupu.. huhuhuhu...



p/s : Bangi Kopitiam kat Bangi belum pernah terjah lagi! makan kat cawangan Nilai pon ok jugak kan? menu sama jer..


waktu rehat

lunch hour tadi kami ke pos opis Alamanda sana.
mahu renew lesen sama bayar bil² umah.
si lynn pulak mau post hadiah contest!

selesai semua, perut berkeroncong pulak!
pikir punya pikir, main tarik tali nak makan mana.
hai la... nak makan pon susah nak buat keputusan?

akhirnya, terjah pizza hut.

makan amik menu paling murah.
kahkahkah.
murah pon sorang bayo RM15 jugak campur tax.

so, ini lah dia makanan tengahari kami.

 Spaghetti Bolognese

 super supreme pizza


maaf la kualiti gambo agak mengecewakan! sila salahkan lighting kat dalam tu.. hahaha... padahal henpon yang tak berapa canggih!


Shoping langsir Merah Hitam yang menawan!


.
my mom sudah tak sabar nak menantu baru agaknya!
dah siap kirim suruh beli langsir bagai... hehehehe..
padahal, majlis bila taon nak langsung pon belum tau lagi!
beli awal tak kelam kabut katanya. 
takpe la mak. asal mak hepy dan bahagia, kami pon hepy jugak!

so, semalam misi mencari kain langsir 70 meter untuk satu umah! 
ke mana lagi, ke Nilai 3 lah! 
kata sekangkang kera jer dengan umah! ahaks!

kalau ikut kan bakal pengantin, die mau kaler kuning + hitam.
cam lebah gitew! heheheh...
celah mana entah die tengok kaler tu!
sungguh tak berkenan di mataku! haih...
oh, bakal pengantin tu makteh hadif la yer.

sebab kaler kuning tak menawan kalbu, so tuka kaler lah!
tapi makteh hadif letak syarat ooo... die nak jugak kaler hitam tu.
combine dengan ape pon takpe, tapi nak hitam jugak! adeh...

so, riki punya riki, jalan punya jalan, jumpa satu kedai ni. 
Mr. K takde pulak, die memang terer bab menawar ni!

hati terpaut pada langsir ini!
kaler sangat cantik okey!
ada 2 tone, depan merah, belakang hitam.
kira boleh pakai mana-mana kaler la.
sangat cantiikkk!!!

bakal pengantin pon suka bangat! semangat die sms bakal tunang bagitau! hahahhaa...

semeter RM6. kami beli 70 meter. hohohoho... rabak poket.

so, setel sudah bab langsir. tema kaler makteh nanti merah hitam la yer. kain nanti hantar kampung. mak suh kawan die jahitkan!

kakak bakal pengantin pon teruja jugak hokey!
rajin ku surf baju pengantin sama pelamin merah hitam.
huhuuhu... cuti mata. terapi jugak tu. kekekeke...

cantiknya pelamin ni. berkenan sungguh! 


 ini pon okey jugak! gambo dari http://rinssuzana.fotopages.com/


 ni pulak baju pengantin. sangat hot betul kaler ni!




















tapi walau apa pon, pepel tetap dihatiku!!!


p/s : skang pelamin macam² patern.. tiap-tiap taon bertukar! ada je design baru. zaman haku kawin dulu takde pong! huhuhuhu... memang masyuk la sape keje dalam bidang ni.

Sejadah Muka Babi

 .
 dijual dengan harga RM10 untuk tiga helai.

cerita lanjut klik myMetro


p/s : Macam² cara orang kapir nak nak pesongkan Muslim. Ya Allah, lindungilah kami dari segala kejahatan.

Bibik sudah Pulang....


yes, bibik makteh saya dah angkut mai Nilai.
cuti sekolah kan, maksu hadif pon saya bawak sekali!

takot beb dok berdua jer ngan hadif!
bukan takut hantu, tapi takut manusia!
zaman skang manusia lebih menggerunkan!
haih, mintak dijauhkan!

balik keje ni mau serbu Nilai 3.
mak saya pesan suh beli kain langsir!
semangat tol mak ai...
makteh tu bile ntah nak kawin, tapi langsir dah siap suh beli.
huhuhu.. okey gak tu! leh la jamu mata jab lagi...

okey, jom balikkkk...

.
p/s : apa agaknya bibik ai masak petang ni ek?

Yuna datang beraya ke rumah kami...



bukan Yuna yer, aura Yuna jer yang datang.. kekekeke...











^_______^

cam best pulak buat simbol senyum kambing tu! ;p










besday hadif ari tu kan buat petang raya haji.
nama pon raya kan, harus la mak nye pakai baju raya!
lagi pulak, kebaya dari bandung ni amik kat tailor a day before raya,
so, harus lah melaram dengan baju baru!

so, layanzzz pics gedix ibu hadif ek!


p/s : semua gambo tak boleh blah! kahkahkah!